- Muka jerawat teruk dari form 4 & form 5 (peringkat remaja)
- Hampir mati jalani rawatan asap resdung
- Ribu-ribu habis untuk rawatan hilangkan jerawat.
- Sambil jogging tak nak pandang muka orang langsung. Memang tahap keyakinan rendah giler masa tu.
- Pergi mana-mana saudara mara, jiran-jiran selalu tegur pasal jerawat. Sampai naik rimas dibuatnya.
- Kadang-kadang orang tengok muka kita jijik.
- Kadang-kadang kita tengok diri sendiri kita rasa jijik.
- Macam-macam pil dah beli.
- Macam-macam teknik rawatan dah try dan taruk kat muka (madu, minyak kelapa, bedak kapur)
- Sampai sekarang umur 27-30 tahun pun jerawat tak hilang-hilang. Cuma boleh kawal je.
Monday, 27 February 2017
Pengalaman Peribadi Hadapi Jerawat
Saturday, 28 January 2017
Macam Mana Nak Buat Resume
-Resume ialah sebuah "iklan" yang memaparkan sejarah hidup, kelebihan & kekurangan seorang pencari
kerja (interviewee) berserta status pendidikan dan pengalaman bagi tujuan rujukan untuk penemuduga (interviewer). Mengikut kajian, interviewer hanya akan
membaca resume dalam 6 saat sahaja.
Bayangkanlah, hanya 6 saat sahaja untuk menentukan sama ada pencari
kerja akan berjaya atau tidak untuk mendapat kerja yang dikehendaki. Resume yang
bagus dan professional akan membolehkan interviewer untuk memahami sejarah dan
kelayakan pencari kerja secara ringkas tapi lengkap. Anda boleh lihat video di bawah untuk memahami dengan lebih mendalam tentang kajian 6 saat tersebut.
Saturday, 21 January 2017
Siapakah Saya
Nama singkatan penulis blog ini ialah proud neet. Nama sebenar biarlah rahsia. Saya anak sulung
daripada 5 adik-beradik yang dibesarkan oleh dua orang pekerja kerajaan dalam
persekitaran zaman moden yang mencabar. Saya juga merupakan seorang Neet (Not
In Education, Employment Or Training) a.k.a "tanam anggur,
menganggur" dan lain-lain. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia
selama 27 tahun dan boleh dianggap sebagai seorang nerd atau skema. Saya seorang yang suka belajar tentang banyak
aspek dalam kehidupan seperti agama, kerjaya, politik, bola sepak, anime, manga
dan lain-lain. Introvert. Lebih suka duduk rumah daripada keluar
jalan-jalan harungi traffic jam. Bujang
dan masih tidak berpunya. (kalau ada
mana-mana pembaca blog yang masih lagi tak berpunya, boleh lah mesej admin
nanti. Hehehehehe).
Subscribe to:
Posts (Atom)