Nama singkatan penulis blog ini ialah proud neet. Nama sebenar biarlah rahsia. Saya anak sulung
daripada 5 adik-beradik yang dibesarkan oleh dua orang pekerja kerajaan dalam
persekitaran zaman moden yang mencabar. Saya juga merupakan seorang Neet (Not
In Education, Employment Or Training) a.k.a "tanam anggur,
menganggur" dan lain-lain. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia
selama 27 tahun dan boleh dianggap sebagai seorang nerd atau skema. Saya seorang yang suka belajar tentang banyak
aspek dalam kehidupan seperti agama, kerjaya, politik, bola sepak, anime, manga
dan lain-lain. Introvert. Lebih suka duduk rumah daripada keluar
jalan-jalan harungi traffic jam. Bujang
dan masih tidak berpunya. (kalau ada
mana-mana pembaca blog yang masih lagi tak berpunya, boleh lah mesej admin
nanti. Hehehehehe).
Sentiasa ambik tahu tentang hal-hal ehwal semasa baik dalam dan luar Negara. Antara laman website kegemaran ialah Malaysiakini, Malaysia Insider (dah ditutup), The Guardian, Daily Mail-Migrant Crisis, Business Insider-Politic dan paling penting sekali Mangareader (manga). Untuk maklumat tentang bola sepak saya selalu check Espn Asia. Youtube juga merupakan salah satu laman web yang paling penting. (selalu gak dengar lagu-lagu baru). Antara band dan artis kegemaran ialah The Heavy, Imagine Dragon, Ryan Lewis & Mcklemore, Muse dan banyak lagi. Saya juga suka cari dan baca maklumat atau pendapat dalam Quora (macam perpustakaan online).
Orang Klang yang lahir dan membesar di negeri Selangor Darul
Ehsan. Saya peminat kelab bolasepak
negeri Selangor. Peminat “kuaci” jela
bukan sampai tahap “hardcore” macam ultra Selangor. Setakat pernah sampai kat tempat parking luar
stadium Shah Alam jelah, tak pernah lagi masuk dalam stadium keramat itu. Saya cuma sokong pun dalam TV je. Paling saya ingat masa musim 2005 masa bawah
pengurusan Dollah Salleh memang time tu pasukan bola sepak Selangor kuat giler
sampai memang treble dengan tiga orang pemain import yang tip top seperti Bambang Pamungkas, Elie Aiboy dan Brian Fuentes. Memang power.
Saya ialah lepasan pelajar “Office Management” daripada
salah satu kolej di Malaysia. Dah pernah
rasa berkerja di hospital bahagian rekod selama setahun. Menggangur setahun. Pastu, kerja di Indah Water syarikat kerajaan
yang uruskan perkumbahan taik semua selama 2 bulan. Kali ini, mengganggur 2 tahun. Last sekali,
kerja di sebuah syarikat logistik swasta di Bukit Raja Klang selama 3 bulan. Yang ini pun mengganggur 2 tahun sampailah
sekarang tak kerja lagi. Kerja pun tak
la lama sangat pun. Sekejap je lepas tu
berhenti. Hahahhaa. Mengganggurnya bertahun-tahun. Pening kepala mak ayah dibuatnya.
Kelemahan terbesar saya ialah memilih kerja. Memang hancurlah jadinya. Hahahhaa.
Memang ada kerja part time berlambak kat Malaysia ini, namun memilih
kerja punya pasal haru biru jadinya. Tak
nak kerja kat MCD,KFC sebab segan jumpa kawan-kawan. Tapi tak kerja pun segan gak. Adoi pening kepala. Kadang-kadang kasihan juga kat mak ayah sebab
apabila ada kenduri kahwin je terpaksa beritahu jiran-jiran atau saudara mara
pasal hakikat yang anak sulung diaorang memilih kerja dan masih tak kerja lagi. Macam-macam.
Mengapa saya membuat
blog ini.
Sebab utama adalah kerana pada masa ini saya berminat untuk
belajar tentang SEO (search engine optimization) a.k.a pengoptimuman enjin
carian, pembinaan laman web, link, blog dan cuba untuk mempraktikkan semua yang
telah saya belajar ke dalam laman blog ini. Saya tidak mengharapkan untuk membuat wang
dari blog ini dan hanya ingin berkongsi beberapa maklumat. Itu sahaja.
Blog ini hanyalah satu projek sampingan sementara saya mencari sumber
pendapatan utama yang halal.
Selain itu, saya berasa sangat bosan sekarang dan memerlukan
jalan keluar untuk menghabiskan semua masa, tenaga dan fokus. Pada masa yang sama, saya juga tengah cuba
untuk mengurangkan masa bermain permainan video. Mungkin
kebanyakan perkara yang saya tulis atau “post” tidak berguna untuk anda. Tak apalah. Terdapat banyak lagi laman web atau blog yang
lebih berwibawa untuk anda. Namun pada
masa yang sama, mungkin juga ia akan membantu dan mengubah hidup anda dalam
cara yang tersendiri. Jika itu berlaku,
ini bermakna saya telah berjaya melaksanakan tugas sebagai seorang blogger.
Untuk siapa blog ini
diwujudkan
Jika anda berharap untuk membaca tentang pendapat seorang
profesional yang menulis tentang mana-mana topik, maka ini adalah blog yang
salah untuk anda. Saya bukan profesional. Saya tidak mempunyai pengalaman
bertahun-tahun bekerja. Saya hanya
seorang manusia biasa yang telah gagal dalam hidup berulang-ulang kali dan terus-menerus
bangkit. Saya mempunyai pengalaman ditemuduga, pernah
merasa “medical checkup” a.k.a pemeriksaan
perubatan, dapat kerja, pastu berhenti kerja.
Nasib baik lagilah tidak pernah lagi merasa perasaan dipecat. Lol. Pernah merasa kecewa ditinggalkan oleh insan tersayang yang saya cintai. Pernah
jatuh sakit. Pernah rasa terluka dan
terhina. Pernah rasa ragu-ragu dengan
diri sendiri.
Pernah dapat dekan.
Pernah jadi pengacara dan anjurkan event. Pernah jadi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar
dan macam-macam lagi. Pernah anjurkan
dan uruskan Majlis Orientasi untuk pelajar-pelajar baru. Dah banyak pahit manis dalam kehidupan yang
saya dah alami dan setiap satu pengalaman itu membuatkan saya rendah diri. Saya akan cuba untuk tulis semula (post)
setiap satu peristiwa atau pengajaran yang saya dah lalui dalam bentuk cerita
agar para pembaca blog dapat belajar dari pengalaman hidup saya.
Apa yang akan saya
akan tulis atau post?
Kebanyakkannya saya akan menulis tentang kerjaya, gaya hidup, agama, kesihatan, ilmu
pengetahuan dan beberapa kesilapan peribadi yang telah saya lakukan dalam hidup
saya sama ada sengaja atau tidak sengaja.
Saya juga akan menulis tentang apa-apa isu yang saya baru pelajar atau
isu yang berkait dengan saya. Berikut adalah beberapa topik yang telah saya pertimbangkan
untuk menulis pada masa akan datang:
1. Pandangan Peribadi Tentang Niat Solat. (agama)
2. Apa itu BPPV? (kesihatan)
3. Sambung Belajar Atau Terus Bekerja. (kerjaya)
4. Maklumat apa yang perlu ada dalam resume. (kerjaya)
5. Cara mudah untuk menghadapi temuduga. (kerjaya)
6. Agama Islam Yang Diamalkan Dengan Tidak Lengkap. (agama)
7. Cara Mudah Nak Atasi Jerawat. (kesihatan)
8. Tips Mudah Cara Belajar Pandai. (ilmu pengetahuan)
9. Apa itu NEET. (gaya hidup)
10. Apa nak buat apabila menggangur. (gaya hidup)
P.S.
Saya terpaksa menggunakan Blogger sebagai platform untuk
blog ini ialah sebab masalah budget tak ada.
Mungkin apabila dah ada duit sikit nanti barulah saya boleh “upgrade”
dan beli domain name, website saya sendiri.
Bahasa penyampaian yang akan saya tulis adalah tak terlalu formal atau
skema dan juga mungkin ada beberapa “English Term”. Akhir kata, saya ingin mengalu-alukan kepada
pembaca semua yang baru menemui blog peribadi penulis. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada
tersilap kata atau terlepas pandang untuk mana-mana post yang akan datang. Yang baik datang dari Allah dan yang buruk
datang dari saya sendiri.
(update: Pada 25/5/2017, saya dah kerja part time kat salah satu cawangan 99speedmart di Klang. Jadi, saya dah tak boleh panggil diri sendiri NEET lagi dah la.)
(update: Pada 25/5/2017, saya dah kerja part time kat salah satu cawangan 99speedmart di Klang. Jadi, saya dah tak boleh panggil diri sendiri NEET lagi dah la.)
No comments:
Post a Comment