Monday, 27 February 2017

Pengalaman Peribadi Hadapi Jerawat


Adakah anda pernah alami keadaan seperti berikut:

  1. Muka jerawat teruk dari form 4 & form 5 (peringkat remaja)
  2. Hampir mati jalani rawatan asap resdung
  3. Ribu-ribu habis untuk rawatan hilangkan jerawat.
  4. Sambil jogging tak nak pandang muka orang langsung.  Memang tahap keyakinan rendah giler masa tu.
  5. Pergi mana-mana saudara mara, jiran-jiran selalu tegur pasal jerawat.  Sampai naik rimas dibuatnya.
  6. Kadang-kadang orang tengok muka kita jijik.
  7. Kadang-kadang kita tengok diri sendiri kita rasa jijik.
  8. Macam-macam pil dah beli.
  9. Macam-macam teknik rawatan dah try dan taruk kat muka (madu, minyak kelapa, bedak kapur)
  10. Sampai sekarang umur 27-30 tahun pun jerawat tak hilang-hilang.  Cuma boleh kawal je.
Kenyataan di atas ialah pengalaman peribadi penulis.  Mulai tingkatan 4-5 jerawat dah muncul kat muka.  Mula-mula sikit je, tapi akibat tindakan suka picit jerawat berulang-ulang kali jerawat kat muka bertambah-tambah jadi merah dan merebak kat seluruh muka. Bertahun-tahun saya cuba nak hilangkan jerawat.  Bermacam-macam jenis ubat dan rawatan dah try.  Ada yang kata letak madu kat muka boleh hilangkan jerawat.  Ada yang belikan sabun betik la, orange la, nanas la.  Mengarut betul. Ada sekali bila pergi rawatan resdung memang rasa tak boleh bernafas lagi dah sebab asyik hisap asap je.  Memang rasa lagi sikit macam nak mati.  Serius.

Contoh:


Bila tengok muka kat cermin, memang rasa jijik.  Bayangkan tengok muka sendiri rasa jijik.  Ada sekali tu, saya balik kampung.  Masa tu muka penuh dengan jerawat.  Masa salam dengan sepupu, dia pandang muka jijik je bila tengok jerawat kat muka penuh.  Segan nak jumpa orang, jumpa saudara mara, jumpa jiran.  Pergi mana-mana orang tegur pasal jerawat.  Paling geram kalau pergi pasar pastu ada orang jual bedak kapur ke, bedak sejuk ke, ubat jerawat ke mesti diaorang akan try apply kat kulit.  Macam kita gemuk pastu ada orang nak jual ubat kuruskan badan.  Mestilah terasa.



Cara penjagaan muka yang membantu untuk mengurangkan jerawat.

1. Jumpa pakar sakit kulit atau dermatologist untuk rawatan jerawat yang khas.

-Kalau jerawat anda tak teruk sangat dan terkawal, rasanya tak perlu nak jumpa pakar kulit.  Tapi kalau jerawat dah terlalu teruk sampai merah-merah seluruh muka, maka adalah digalakkan untuk membuat temujanji dengan pakar sakit kulit atau dermatologist. Bertahun-tahun saya cuba untuk hilangkan jerawat dan macam-macam ubat atau rawatan dah cuba.  Tapi masih tak hilang-hilang jugak sampai stress dibuatnya.

Pada satu hari, ada orang beri cadangan untuk pergi berjumpa dengan pakar dermatologist untuk cuba hilangkan jerawat.  Cara nak jumpa pakar kulit senang sahaja. Pergi mana-mana klinik kerajaan macam klinik kerajaan Pandamaran ke, klinik kerajaan Taman Botanik Klang ke dan jumpa doktor mintak surat "referral" atau surat rujukan untuk jumpa pakar sakit kulit/dermatologist di mana-mana hospital kerajaan untuk rawatan kulit.  Bila dah dapat surat "referral", pergi ke unit rawatan dermatologist dan buat "appointment" untuk berjumpa dengan doktor dermatologist.

Pengalaman peribadi penulis:  Saya telah pergi berjumpa doktor pakar kulit di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.  Doktor dermatologist akan check jenis jerawat pastu diaorang akan beri satu ubat antibiotik dan satu ubat krim "benzoyl peroxide" untuk hilangkan jerawat. Alhamdulillah dalam masa 6 bulan memang jerawat dah kurang. Contoh:


Sebelum



Selepas



Lama gak saya turun naik jumpa doktor pakar kulit di HTAR Klang.  Dalam 2-3 tahun jugak lah. Tapi sayangnya jerawat masih tak hilang-hilang sepenuhnya.  Memang jerawat dah kurang tapi masih lagi belum hilang sepenuhnya.  Doktor hanya bagi ubat krim dan antibiotik je.  Last-last dah tak pergi lagi appoinment.  Tapi sekurang-kurangnya jerawat kat muka dah tak teruk sangat lah sampai orang pandang pun jijik.  Kuranglah sikit.  

2. Jangan kerap sentuh tangan kotor pada muka untuk elak kuman merebak.
-Bayangkan senario berikut.  Anda baru sahaja selesai bermain bola sepak dalam keadaan padang yang becak dan kotor pastu pulang ke rumah.  Anda tak basuh tangan dan terus makan.  Adakah anda rasa ianya selamat dan baik untuk kesihatan sekiranya makan dengan tangan yang kotor?  Sudah tentu tidak.  Apabila kita kerap sentuh tangan kita pada muka, anda hanya akan menyebabkan bakteria, kuman yang ada pada tangan untuk lebih merebak pada muka.  Artikel di bawah boleh menerangkan dengan lebih lanjut tentang bahaya menyentuh muka dengan tangan.

Don't touch your face with your hand article

3. Guna jenama pencuci muka yang sesuai.
-Sebaik-baiknya  guna satu jenama sahaja pada satu-satu masa.  Jangan guna 5 jenis jenama cleanser yang berlainan sekaligus.  Takut jadi lagi teruk jerawat dibuatnya. Macam mana nak tahu jenama pencuci muka yang mana sesuai dengan anda?  Senang sahaja. Gunakan pencuci muka baru selama seminggu.  Kalau jerawat lebih teruk dari sebelum ini dan tak kurang langsung, maka kulit muka anda tak sesuai untuk gunakan pencuci muka itu.

Pengalaman peribadi penulis: Saya dah banyak kali guna pencuci muka yang tak sesuai dengan kulit mengakibatkan muka lebih berminyak dan jerawat lebih banyak.  Akhirnya saya try guna jenama pencuci muka Dashing dan scrub muka Dashing.  Alhamdulillah, memang jerawat kurang terus.  Saya hanya pakai satu brand sahaja.  Memang tak ada langsung rasa nak try jenama lain. (ini bukan iklan untuk promote brand Dashing.  Mungkin Dashing sesuai dengan saya, dan tidak sesuai dengan anda.  "Trial & error" sampai dapat pencuci muka yang sesuai.)


4. Cuci muka dengan kerap.
-Anda perlu cuci muka sekurang-kurangnya 2x sehari pagi dan malam.  Elakkan muka daripada berminyak.  Muka yang berminyak akan membuatkan jerawat lebih senang merebak. Pastikan juga selepas bersenam anda mencuci muka. Artikel di bawah boleh menerangkan dengan lebih lanjut tentang mengapa muka yang berminyak dan senaman boleh membuatkan jerawat lebih teruk. 

Oily face

Exercise can cause acne article

5. Elakkan dari selalu terkena panas terik cahaya matahari.
-Boleh buat kulit kering.  Anda juga berpotensi boleh mendapat penyakit kanser kulit sekiranya terdedah dengan cahaya matahari yang kuat terlalu lama.

Sunlight cause skin cancer

Sunlight & Acne

6. Tidur kerap 8 jam
-Kualiti tidur kena jaga.  Ada orang langsung tak nak jaga masa tidur dia.  Kadang-kadang dia lepak tengok bola sampai pukul 3-5 pagi.  Kadang-kadang dia tidur siang pukul 8 pagi, dan malam berjaga pulak.  Banyak orang tak tahu tentang hakikat apabila kita tidur, badan manusia akan mengeluarkan hormon-hormon baik yang boleh menyihatkan tubuh badan.  Jadi apabila waktu tidur kita tak teratur, tak cukup 8 jam dan sebagainya, jerawat akan merebak dengan lebih cepat.

Why is sleep important?

Lack Of Sleep

7. Elakkan dari picit jerawat. 
-Biarkan sahaja kalau boleh.  Tunggu sampai dia pecah sendiri.  Saya masih ingat lagi masa form 4.  Masa itu jerawat baru muncul.  Jadi apa yang saya buat ialah saya akan picit jerawat itu.  Natijahnya,  beberapa bulan selepas itu, jerawat terus merebak ke seluruh muka dan merah-merah jadinya.

Di bawah ialah sebuah video dari Business Insider yang menerangkan dengan lebih lanjut tentang bahaya picit jerawat. 



8. Elakkan dari stress.  
-Kurangkan stress.  Apabila anda stress, ianya hanya akan membuatkan masalah jerawat anda lebih bertambah buruk.

Stress & Acne

9. Kerap minum air kosong.  Sebaik-baiknya 8 cawan sehari.
-Badan manusia memerlukan air dalam kuantiti yang secukupnya untuk menjaga kesihatan diri anda.

Water Benefits

10. Jaga pemakanan dengan makan makanan seimbang.
-Orang-orang tua selalu bagi nasihat kalau nak kurangkan jerawat lebih baik kurangkan makan makanan laut atau kurangkan makan kacang.  Tapi kalau ikut pengalaman peribadi saya, memang langsung tak jaga makan.  Rasa nak makan ikan, makan jelah.  Cuma makan biarlah seimbang dan berhenti makan sebelum kenyang. Lebihkan makan sayur dan buah-buahan.  Kurangkan makan "fast food" macam MCD, KFC, Pizza Hut.  Itu je. 

Maklumat Tambahan.

11. Pastikan cadar katil dan sarung bantal anda dibasuh dalam 2 minggu sekali. 
-Ada orang langsung tak nak basuh cadar katil dan sarung bantal.  Kadang-kadang dalam 6 bulan sekali baru dia buat.  Ini satu tabiat orang-orang pemalas.  Selepas itu, dia pelik pulak apabila jerawat tak kurang-kurang.  Apabila anda tidur selama 5-8 jam semalam menggunakan sarung bantal yang kotor, bakteria akan merebak daripada sarung bantal yang kotor tadi ke muka anda.  

How often should you change your pillowcase?

12. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
-Jujur saya beritahu yang saya amat pemalas orangnya dan memang tak aktif bersenam. Namun begitu, saya tak tahu kenapa tetapi apabila saya jarang bersenam dan langsung tak mengeluarkan peluh maka jerawat akan bertambah-tambah banyak.  Dan apabila saya kembali aktif dan selalu mengeluarkan peluh, jerawat hilang terus atau kurang.  Jadi nak kurangkan jerawat punya pasal, nak tak nak kena bersenam jugak dalam 3 hingga 4 kali seminggu. (hasil pemerhatian peribadi penulis)

Akhir Kata.

Jerawat ialah penyakit.  Ada sesetengah penyakit boleh dirawat.  Ada sesetengah penyakit yang tak boleh dirawat namun boleh dikawal.  Ada juga penyakit yang tak boleh dirawat dan tidak boleh dikawal.  Kesan jerawat adalah berbeza bagi setiap orang.  Ada orang umur dia 17 tahun dah ada jerawat tetapi selepas setahun jerawat dia hilang terus.  Ada orang umur dia 18 tahun bila dia dah mencecah umur 23 tahun, jerawat pun hilang.  Ada pula manusia yang kena penyakit jerawat ni pada umur 17 tahun, sampai umur dia 27 tahun pun penyakit jerawat ni masih tak hilang-hilang. (sayalah tu.)

Simptom penyakit jerawat bagi setiap  orang adalah berbeza-beza.  Ada orang jerawat kat muka sahaja.  Ada orang jerawat kat badan pun ada.  Jerawat kat telinga dan ketiak pun ada.  Saya tak pasti sama ada anda perasan atau tidak tetapi dalam blog post yang ini, saya tak ada beritahu kalau nak hilangkan jerawat pakailah Oxy ke, Safi Balqis ke, Men Biore ke atau amalkan letak madu kat muka selepas mandi.

Sebab saya tak tahu siapa anda, apa gaya hidup anda,  atau adakah anda mengamalkan cara cuci muka yang betul atau tidak.  Saya tidak tahu keadaan kulit muka anda macam mana.  Mungkin brand Dashing sesuai dengan anda.  Mungkin juga tidak.   Mungkin juga brand Oxy tidak sesuai dan anda hanya sesuai dengan Safi Balqis. Saya tak tahu. Mustahil saya boleh tahu.  Sebab setiap orang berbeza-beza.

Sebaliknya apa yang saya nak tekankan kepada anda para pembaca ialah tentang kepentingan gaya hidup sihat seperti tidur 8 jam, minum air secukupnya, tidur secukupnya.  Mungkin jerawat anda tidak akan hilang sepenuhnya, tetapi kalau anda boleh kawal atau kurangkannya pun bagi saya dah cukup bagus.    Bertahun-tahun saya menghadapi jerawat.  Macam-macam jenis rawatan dan ubat, pencuci muka yang saya dah try untuk hilangkan sepenuhnya.  Tapi jerawat still tak hilang-hilang. Degil dan liat betul jerawat ni.  Hahaha. 

Nasihat saya kepada  anda para pembaca blog ini ialah untuk cuba ubah gaya hidup anda sekiranya anda salah seorang yang kurang bernasib baik mendapat penyakit jerawat yang serius dan teruk macam saya dan "try" amalkan mana-mana tip-tip yang saya dah tulis dalam blog ini.   Semoga berjaya.  Selamat beramal.  


Peringatan: Sekali lagi diingatkan bahawa penulis bukan seorang pakar kulit atau dermatologist dan tidak mempunyai latarbelakang dalam perubatan.  Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman peribadi penulis dalam menghadapi dan mengawal jerawat selama beberapa tahun.  Artikel ini juga dibuat berpandukan beberapa maklumat tentang jerawat yang dipelajari oleh penulis melalui internet.  Jika anda mempunyai sebarang permasalahan tentang jerawat atau kulit, adalah amat digalakkan untuk anda berhubung secara terus atau membuat temu janji dengan mana-mana dermatologist di hospital-hospital kerajaan.  Terima kasih.

10 comments:

  1. PERHATIAN ❗️
    Nak kulit jadi CERAH, GLOWING, PUTIH, HALUS, KENYAL DAN LEMBUT?
    Ini blh dicapai dgn hanya GONCANG dan MINUM sahaja
    MENGAPA ZEPTACOLLAGE??
    (Y) Produk famous dari Taiwan
    (Y) HALAL
    (Y) ISO 22000 / HACCP
    (Y) US patent
    (Y) FDA
    (Y) SGS
    KELEBIHAN ZEPTACOLLAGEN:
    :* Collagen dari GELITA, Germany (since 1875)
    <3 German brand award ‘16
    <3 Top 100 innovator 2017
    <3 Syarikat kolagen terbesar di dunia
    >>Hydrolyzed fish collagen
    >>Size molecule kita adalah 1/100 of kolagen biasa
    :* Acerola ekstrak : vitamin C utk membantu penyerapan kolagen
    KESAN YANG DIJANJI:
    <3 kulit lebih putih
    <3 kulit menjadi lebih halus dan bersih
    <3 kulit menjadi tegang dan Nampak muda
    <3 liang-liang pori menjadi kecil
    <3 kurangkan garis-garis dan kedut-kedut
    <3 pimple kecut dan muka kurang minyak
    <3 kuku yang lebih kuat
    <3 rambut lebih lebat dan bersinar

    nak order?
    pm page: https://www.facebook.com/Zaqueno-Skin-1698193270483766/?ref=bookmarks
    >> direct link ke pm: https://www.facebook.com/messages/1698193270483766/
    atau whatsapp 010-840 9080
    >>direct link ke whatsapp: https://api.whatsapp.com/send?phone=60108409080
    atau wechat: zaqueno
    stok tinggal sikit je! Siapa cepat dia dpt :*

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Masih tak tau nak menggunakan skincare ape yang sesuai dgn kulit? Boleh contact sy di 013-7758419
    Free skin consultation. Jom dapatkan kulit cantik dan sihat bersama saya menggunakan botanical product yg ade jaminan 90 hari 😊

    Nadhirah
    Beauty consultant

    ReplyDelete
  4. Serius nak jumpa pakar sbb jerawat dah makin terukk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah try semua jenis ubat dan krim muka, still tak hilang-hilang lagi. Maka lebih baik jumpa pakar terus. Jiran saya pun penyakit jerawat dia kritikal gak. Sampai merah2 satu muka. Dia dah berbelanja lebih RM2-3 ribu nak hilangkan jerawat punya pasal kat salun2 mahal. Tapi still tak kurang2. Last2, dia pergi jumpa pakar tak lama pastu dah kurang sikit. Menjadi pulak. Bayar rm5 je pun nak jumpa doktor pakar. Takdelah mahal sangat.

      Delete
  5. Klau bekas jerawat merah2 tpi pkai apa pon xhilng.. Blh x klau rjuk pakar?.. Siyess stress sngt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je. cuma xleh nak gerenti jerawat akan hilang 100 peratus. Mungkin akan kurang sikit.

      Delete
  6. Klinik dekat utc tu boleh ke buat surat referral?

    ReplyDelete
  7. Kalau bekas jerawat x hilang,blh jumpa doktor ke,dia layan x

    ReplyDelete
  8. How to make money from online gambling
    To make money from งานออนไลน์ playing slots, you have to first deposit your funds 메리트 카지노 고객센터 into the casino. When a player kadangpintar signs up for a new account, he or she is

    ReplyDelete